Saturday, December 19, 2009

sejarah bola keranjang

Bola Keranjang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sara Giauro melakukan lontaran tiga mata, Piala Eropah FIBA peringkat Akhir Wanita 2005.

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal.

Permulaan

Gelanggang bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permainan ciptaannya basket ball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturansurat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Perubahan dalam permaianan

Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang dipasangkan beg jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring supaya bola dapat jatuh ke tanah.

No comments:

Post a Comment

 
adiWidget https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi27dJwxKT20IRQqj0grfjabIVAage42IGwgLFA0-qZ3-t2G8KVpVMvWapByvO8wj9lZkd0tomRINoDzbws_p5HXEr1C_vYJXQQSlK92ELlS38up3H0fZDa8sw2moSIt5b_j7NilIYM_KB3/s1600-h/Naruto_27.p